Rabu, 5 September 2012

" LALASUN | The untold story part 1"

salam  1 Malaysia

sejak kebelakangan ini angin perubahan semakin bertiup kencang dalam genre photography saya ,  yang mana pada mulanya saya begitu teruja dan amat  meminati fotografi perkahwinan yang boleh dikatakan dapat menjana pendapatan sambilan yang lumayan . kini saya semakin merasakan bahawa untuk membolehkan saya mengadaptasi fotografi sebagai satu cabang seni yang mempunyai kepelbagaian genre saya perlu untuk mencuba genre fotografi lain . dan saya mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi journalis yang saya rasa   tidak ramai yang menceburi bindang ini tidak seperti fotografi perkahwinan . "LALASUN | the untold story part 1 " adalah siri pertama saya dalam fotografi journalis.
                                    jalan keluar dari kg lalasun yang memakan masa selama hampir satu
                                   jam untuk sampai ke jalan besar sandakan Kota Kinabalu

Lalasun terletak dalam daerah Sandakan dan untuk sampai ke jeti kg lalasuan  memakan masa selama hampir satu jam melalui kawasan perkampungan dan estate kelapa sawit, perjalan yang sudah semestinya akan menguji ketahanan mental anda serta kereta anda kerana jalan bersimpang siur serta jalan berturapkan batu-batu kelikir .

                                        jeti kg Lalasun yang sentiasa tidak lengang dengan penduduk 
                                       berulang   alik  ke sebarang sungai

penduduk di kg ini menggunakan jalan air sebagai jalan utama untu mereka mendapatkan bekalan dan memasarkan hasil tangkapan ikan kerana sumber ekonomi yang utama di kg ini adalah perikanan dan hasil-hasil laut .

 
kg yang dilengkai dengan bekalan elektrik 24 jam ,namum masi menggunakan perigi untuk mendapatkan belakan air mempunyai landscape menarik yang memberikan pengalaman baru kepada sesiapa yang berkunjung ke tempat ini.



nantikan siri kedua kisah Lalasun the untold story ini dalam siri 2 . mohon maaf kepada penduduk kg lalasun yang terbaca atau singgah di blog ini  sekiranya terdapat fakta atau kenyataan saya yang tidak tepat mengenai kg lalasuan atau terdapat gambar-gambar yang menyinggung perasaan saya mohon maaf .

sekian wassalam

mohd jackson



Tiada ulasan:

Catat Ulasan