Khamis, 17 Mei 2012


salam satu malaysia

coretan pada kali ini khas untuk semua warga Hospital Lahad Datu dan untuk semua ahli kelab KLIKERS Hospital Lahad Datu. walaupun baru setahun jagung bertugas di Hospital LD saya berkesempatan untuk merakamkan aktiviti Karnival Bebas rokok walaupun pada dasarnya saya bukanlah Photographer rasmi yang dilantik untuk program ini bukan juga AJK untuk program ini .tetapi atas dasar minat saya yang mendalam dalam fotografi serta halatuju genre fotografi saya yang sejak akhir-akhir ini lebih menjurus kepada fotojournalis saya merakam moment dan peristiwa penting yang berlaku sepanjang program Karnival Bebas rokok . "Bukan nama yang saya cari , bukan glamour yang saya kejar bukan penghormatan yang jadi sasaran saya " . ucapan" TQ,terima kasih dan congrate u done ur good job ".daripada individu-individu yang saya rakamkan moment mereka sudah cukup bagi saya kerana ucapan yang ikhlas dari individu-individu tersebut lebih berharga berbanding dengan wang ringgit, glamour dan status nama ....



gerai jualan sempena karnival bebas rokok Hospital Lahad Datu, sebanyak 40 tapak gerai disediakan untuk usahawan mempamerkan produk masing-masing .

perasmian Karnival Bebas rokok disempurnakan oleh Pengarah Hospital Lahad Datu Dr.Tan Hee Ting dan disaksikan oleh Pengerusi Penganjur Karnival Bebas Rokok Dr.Nurulraziquin Mohd Jamil dan wakil dari YB ADUN Silam .

 Amazing Race yang disertai oleh sebanyak 35 kumpulan yang terdiri dari anggota Hospital Lahad Datu dan orang awam .sebanyak 10 kumpulan yang layak ke final Amazing Race yang menawarkan Hadiah Wang Tunai RM1000 dan Pelbagai hadiah menarik.


Pertandingan Tarian Shuffle yang disertai oleh seramai 30 peserta yang terdiri dari belia dan pelajar sekolah rendah dan menengah .


larian bebas  rokok yang terdiri dari kategori dewasa, kategori pelajar ,kategori wanita dan kategori veteran .


Forum Perdana Kesihatan mengenai bahaya rokok menampilkan seleberiti imam muda musim pertama Ust Ashraf  bersama dengan panel jemputan.



Sekali lagi sebelum mengundur diri pada coretan kali ini saya tahu saya insan biasa tidak lepas dari kesilapan . saya memohon maaf sekiranya ada diantara individu - individu yang terbaca coretan ini dan tersinggung dengan apa yang saya paparkan . Terima Kasih kepada semua individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa saya membuat penggambaran ini .


Mohd Jackson



Tiada ulasan:

Catat Ulasan