terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada rakan -rakan photographer yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada saya untuk terus berkarya melalui lensa kamera .
sepanjang penglibatan saya dalam bidang photography perkahwinan yang pada mulanya bertapak secara kecil-kecilan di Sg buloh selangor pada tahun 2011 sehingga ke hari ini . cuma yang bezanya sekarang saya beroperasi di lahad datu sabah tanah tumpah darahku .saya seringkali mendengar rungutan dari pelanggan yang mengatakan harga pakej yang ditawarkan itu adalah mahal sehingga kalau boleh meminta dikurangkan sehingga separuh dari harga pakej , dan meminta gambar yang cantik dan banyak kalau boleh .saya faham semua orang mahukan gambar yang cantik dan menarik tetapi berbaloikah harga pakej yang terlalu murah untuk sebuah majlis yang akan menghasilkan gambar-gambar yang menarik dan cantik .persoalannya di mana terletaknya nilai harga pakej itu , sekali lagi saya sering mengingatkan pelanggan dengan satu istilah atau kenyataan yang akan mengajak pelanggan berfikir panjang sebelum bersetuju dengan sebarang pakej "Anda mahu gambar cantik atau Saat-Saat berbahagia anda saya rakamkan dengan cantik"....kalau anda mahukan gambar yang cantik jom kita pergi ke studio pasti akan dapat gambar cantik dengan harga yang ehemmm..ehemmm...kalau anda mahu saya rakam setiap detik masa dan saat-saat berbahagia anda saya akan lakukan tetapi anda perlu untuk membayar lebih seperti dalam pakej.
untuk semua bakal pelanggan kami dan pelanggan kami yang terdahulu kami melakukan yang terbaik dari lensa kamera kami untuk setiap saat berbahagia anda
sekian wassalam
jumpa lagi di coretan yang akan datang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan